Thursday, 2 August 2012

Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Untuk bakal isteriku, Dalam batasan perjalanan waktu, saat hampir diikat denganmu terasa lapang dada ini. Pilihanku terhadapmu ku harap mendapat restu Ilahi. Tidak ada daya dan upaya ku untuk menentukan yang terbaik buat dirimu. Hanya DIA tempat berharap. Dalam bertatih di dunia ramai yang telah singgah mengajar berbagai erti. Hadirnya kamu wahai isteriku, ku harap dapat kau ajarkan aku erti marah, rajuk, rindu dan sayang. Kesetiaan dan pengorbanan mu sebagai isteri dan ibu amat ku tagih. Bersama didalamnya kita bina keyakinan dan kesepaduan. Tanpa pengobanan maka tidak ada kebahagiaan. Marilah kita sama-sama belajar untuk melepas sesuatu demi menuntut sesuatu yang lebih berharga. Semoga menjadi insan terindah dalam mengharungi lautan mahupun denai kebahagaian. Sesungguhnya hati ini setia padamu, padamu aku letakkan cinta terhadap seorang isteri. Agar engkau dapat menjagaku urusan dunia dan akhiratku. Sesungguhnya tipu daya tika ini sangat menakutkan. Dengan hadirmu wahai isteriku akan menambah seribu keyakinan dalam diriku. Menempis segala kekusutan dan tohmahan. Kerana hidup kita terlalu singkat, aku berharap kepadamu wahai isteriku agar kita tidak berlebihan atau berkurangan dalam segenap hal. Di dalam warkah ini ada kegembiraan, pengharapan dan keredhaan. Tatapilah ia buat bekalan kita nanti. Sekian daripadaku, Bakal Suamimu.
Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta? | iluvislam.com discover the beauty of islam

No comments:

Post a Comment